Pengumuman

Sesiapa yang ingin mengambil nota sejarah, boleh mendonwload di sini .

Wednesday 15 February 2012

Kemerosotan dan kejatuhan malaka


BAB 6    :  KEMEROSOTAN MELAKA
http://www.slideshare.net/shahril_rahman_daud/sejarah-shahril-11590048 
 
(1)         Faktor kemerosotan Melaka
a)            Kelemahan dan kepemimpinan
1.            Selepas kematian Bendahara Tun Perak, diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
2.            Tun Mutahir bersikap pilih kasih
3.            Timbul perasaan iri hati pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.
4.            Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka.
5.            Sultan Mahmud Shah  jatuhkan hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa.
6.            Selepas sultan menyedari kesilapannya, beginda serahkan pemerintahan negeri kepada puteranya Raja Ahmad sebagai sultan Melaka.
7.            Sultan Ahmad Shah pemerintah lemah dan tidak cekap.
8.            Bendahara Tun Perpatih Putih  yang gantikan Tun  Mutahir – uzur/sakit
9.            Pentadbiran lemah kerana :
i.              Tiada pemimpin berwibawa
ii.             Berlaku rasuah
iii.            Fitnah  berleluasa.
10.          Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan, – kadar cukai yang tinggi dikenakan.
11.          Kesannya pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.
b)            Masalah perpaduan
1.            Perlantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan orang Melayu dengan orang India Muslim.
2.            Persaingan berlaku kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran.
3.            Perebutan pengaruh wujud antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir (keturunan India Muslim).
4.            Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan.
5.            Akibatnya sultan membunuh Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.
6.            Rakyat Melaka berpecah belah,
7.            Perdagangan Melaka merosot.
8.            Keutuhan kerajaan terjejas.
c)            Kelemahan askar Melaka
1.            Askar Melaka menggunakan senjata tradisional seperti :
i.              keris, tombak
ii.             panah
iii.            perisai
iv.           sumpit beracun.
2.            Askar Melaka mempunyai senjata seperti senapang dan meriam.
3.            Senjata Portugis lebih baik, contohnya meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh lagi.
4.            Angkatan perang Melaka didapati tidak mempunyai struktur yang lengkap
5.            Angkatan perang Portugis dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque yang dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetuai serangan.
6.            Askar Portugis lebih terlatih dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India.
7.            Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka
(2)          Kedatangan Portugis
a)            Sebab kedatangan.
1.            Sebab Portugis ke Timur ialah Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik).
2.            Putera Henry mendorong pelayar dan orang Portugis belayar ke Timur.
3.            Portugis menemui jalan laut ke Timur.
4.            Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan di selatan Afrika.
5.            Vasco da Gama  sampai di India
6.            Lopez de Squeira  tiba di Melaka.
7.            Portugis ingin meneruskan Perang Salib.
8.            Menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk Melaka yang menjadi pusat perkembangan dan penyebaran Islam.
9.            Ingin menyebarkan gama Kristian di Timur
10.          Ingin menguasai perdagangan rempah yang dikuasai oleh pedagang Islam.
11.          Pedagang Islam yang mendapat bekalan rempah daripada pelabuhan Melaka menjual dengan harga yang tinggi di Eropah.
12.          Pada pandangan Portugis, jika menguasai Selat Melaka mereka akan mendapat keuntungan yang lumayan.
13.          Rempah ratus diperlukan di Eropah untuk :
i.              mengawet makanan
ii.             menyedapkan makanan seperti daging
iii.            memanaskan badan.
b)            Portugis menguasai Melaka.
1.            Lopez de Sequeira dan angkatannya dihantar oleh Raja Portugal ke Melaka untuk memulakan hubungan
2.            Kedatangan mereka mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah.
3.            Dibenarkan berniaga di Melaka dan dijamin keselamatan mereka oleh sultan Melaka.
4.            Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang   Islam.
5.            Perkara ini disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir.
6.            Tun Mutahir menasihatkan sultan agar menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan mereka Ruy de Araujo.
7.            Beberapa orang Portugis yang ditangkap  mati dibunuh.
8.            Lopez de Sequeira dan beberapa pengikutnya berjaya lari ke Goa.
9.            Raja Portugal hantar angkatan laut pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka.
10.          Alfonso menuntut
i.              pembebasan tawanan Portugal
ii.             menuntut ganti rugi
iii.            meminta  mendirikan kubu di Melaka.
11.          Sultan Mahmud menolak tuntutan Alfonso
12           Alfonso bertindak menyerang Melaka.
13.          Serangan pertama Alfonso – jambatan Sungai Melaka dikuasai.
14.          Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol memberi maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka kepada Portugis.
15.          Melaka yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah melancarkan serangan balas sehingga askar Portugis terpaksa berundur.
16.          Semangat perjuangan askar Melaka membara apabila  mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
17.          Dalam serangan kedua – Alfonso berjaya menguasai Melaka.
18.          Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan rakyat berundur ke Muar.
19           Kemudiannya berundur ke Pahang
20.          Seterusnya ke Bentan.
21.          Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan baru selepas kemangkatan  anaknya Sultan Ahmad Shah.
(3)  Rumusan
1.            Usaha mempertahankan kedaulatan bangsa ditunjukkan oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah serta rakyat Melaka harus disanjung.
2.            Kita harus mengambil iktibar daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya peristiwa pahit tidak akan berulang lagi.

Perhatian kepada semua pelajar tingkata 2

Sila lihat contoh kerja kursus di bawah sebagai rujukkan 
http://www.scribd.com/doc/64152413/Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2

Tuesday 14 February 2012

PERHATIAN kepada semua pelajar Tingkatan 3...

Sila amati video di bawah dan jawab soalan berikut!!!




Soalannya adalah.....

1 Dimanakah bendera Union Jack telah di turunkan pada malam 30 ogos 1957?
2 Siapakah Yang di Pertuan Agong pertama di lantik?
3 Siapakah yang menjadi wakil Ratu Elizabeth yang menyerahkan watikah?
4 Siapakah yang menerima watikah dari wakil Ratu Elizabeth?
5 Berapa banyakah seruan MERDEKA!!! di laungkan oleh Tunku Abdul Rahman?

Sila Berikan Jawapan anda di dalam Kelas pada minggu hadapan....

Aku anak MERDEKA!!!

Klik banner Aku anak Malaysia Merdeka

Aku Anak Malaysia Merdeka seharusnya tahu bagaimana rentetan sejarah kemerdekaan berlaku. Awak tahu tak bagaimana susah payahnya para pejuang dan tokoh kemerdekaan negara kita sanggup bergadai nyawa semata-mata untuk menuntut kemerdekaan demi generasi akan datang iaitu kita semua. Awak pernah dengar istilah Malayan Union? Majlis Raja-Raja? Perjanjian Persekutuan? Aku anak Malaysia Merdeka telah belajar sejarah dan mengingatinya. Tidak pernah jemu membaca kronologi sejarah tanah airku. Pelajar pula bagaimana? Yeahhh, pasti ada yang bosan membaca buku teks Sejarah, betul tak?

Masih ingat lagi dengan perjuangan Dol Said, Antanom, Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Datu Mat Salleh, Rentap, Dato' Maharaja Lela? kita mula mengenali mereka ketika belajar sejarah sekitar tingkatan dua. Seterusnya, Aku Anak Malaysia Merdeka terus belajar sejarah Malaysia bagaimana negara tercinta mencapai kemerdekaan. Awak semua masih ingat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya? Parti Komunis Malaya? Parti Perikatan? UMNO? MCA? Aku anak Malaysia Merdeka seharusnya tahu bagaimana rentetan Tanah Melayu dan Sabah Sarawak membentuk negara Malaysia, bagaimana bermulanya pilihanraya memilih wakil rakyat, kabinet pertama terbentuk, dan cara penyelesaian isu pemberontakan komunis. Arghhh, fakta sungguh, bukan?

Aku Anak Malaysia Merdeka sentiasa ingat dengan tokoh-tokoh kemerdekaan Malaysia. Awak masih ingat dengan barisan nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dato' Onn Jaafar? Aku anak malaysia Merdeka sentiasa ingat barisan pemimpin negara yang telah banyak berjasa kepada seluruh rakyat Malaysia, yang berhempas pulas berkorban masa dan tenaga demi menjaga maruah dan hak setiap rakyat Malaysia. Tidak dilupakan juga Ketua Negara kita iaitu Yang di-Pertuan Agong :)

Aku anak Malaysia Merdeka ingin berkongsi Senarai Perdana Menteri negara Malaysia
  • Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957-1970)
  • Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua (1970-1976)
  • Tun Hussien Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga (1976-1981)
  • Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat (1981-2005)
  • Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kelima (2003-April 2009)
  • Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam (April 2009-Kini)


Tahukah anda? Malaysia telah mengalami 3 peringkat perjuangan dalam menuju mencapai kemerdekaan. Peringkat awal, perjuangan secara militan atau gerila. Kemudian, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan akhir sekali perjuangan melalui mata pena oleh golongan nasionalisma. Aku Anak Malaysia Merdeka yang semasa zaman kecilnya sangat tidak gemar subjek sejarah sebab terlalu banyak fakta untuk diingati, tapi sedikit demi sedikit bila mengetahui perkembangan jalan cerita sejarah negara, membuatkan diri ini berasa sangat bertuah kerana dilahirkan di bumi Malaysia. Rupanya begitu banyak darah, nyawa, air mata, dan keringat telah ditumpahkan semata-mata untuk kemerdekaan iaitu demi masa depan kita. Awak pula?

Aku Anak Malaysia Merdeka mahu kamu semua sedar dari lamunan mimpi. Tak salahkan saya semangat patriotik sekali sekala dalam blog saya? hehe. Awak Anak Merdeka Malaysia tahu tak berapa buah negeri dalam Malaysia? Aku anak Malaysia Merdeka tahu semuanya ada 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Tahu tak apa nama rasmi bendera Malaysia? Aku anak Malaysia Merdeka nak bagitahu awak semua, pada 31 Ogos 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memilih nama Jalur Gemilang bagi bendera Malaysia. Tahu tak bunga kebangsaan Malaysia? Aku Anak Malaysia Merdeka mestilah tahu, sudah semestinya Bunga Raya. Aku anak Malaysia Merdeka sudah lama hafal lagu Negaraku dan Rukunegara. Awak pula?

Aku Anak Malaysia Merdeka, Kita semua Anak Malaysia Merdeka !! Bukan sekadar menyanyikan lagu Saya anak Malaysia di bibir, bukan saja menghafal fakta sejarah, bukan sahaja negara kita telah mencapai kemerdekaan, bebaskan minda kita dari dijajah benda asing. Apa erti 'kemerdekaan' pada pandangan awak?
Aku Anak Malaysia Merdeka. Anda pula bagaimana? (^__^)

 Jika anda semua adalah anak merdeka sila pelajari bab 5 melalui slide yang di berikan di bawah

Sunday 12 February 2012

Kuiz!!! (Pelajar tingkatan 1)

Perhatikan gambar di bawah...senaraikan faktor-faktor kejatuhan empayar melaka.
CEPAT!!! Hadiah menarik di sediakan.....

Penghantaran selewat-lewatnya 15/02/2012... :)

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!




BAB 5 : KEMERDEKAAN NEGARA
(1) Rombongan Merdeka
a) Usaha Mendapatkan Kemerdekaan
1. Dilakukan oleh Parti Perikatan.
2. Tunku Abdul Rahman berunding dgn raja-raja Melayu dan British
3. Adakan mesyuarat rasmi dgn kerajaan British.
4. Rombongan Merdeka dibentuk
5. Terdiri wakil raja Melayu & 4 wakil Parti Perikatan.

b) Perjanjian London
1. Rundingan di London
2. Dipengerusikan - Lord Lennox-Boyd
3. Perjanjian London ditandatangani
i. Tarikh kemerdekaan ditetapkan 31 Ogos 1957.
ii. Suruhanjaya bebas gubal Perlembagaan
iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat diTM
iv. Perjanjian pertahanan dgn British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.
vi. Kuasa pusat dibahagikan dgn kuasa negeri diteruskan.

c) Kembalinya Rombongan
1. Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu
2. Disambut diPadang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.
3. Tarikh merdeka diisytiharkan oleh T Abdul Rahman

(2) Suruhanjaya Reid

1. dibentuk Mac 1956
2. Menyusun perlembagan Persekutuan Tanah Melayu.
3. Dipengerusikan oleh Lord William Reid.
4. Ahli Suruhanjaya Reid yang lain;
i. Sir Ivor Jennings (England)
ii. Sir William Mckell (bekas Gabenor Jeneral AT)
iii. Tuan B.Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India)
iv. Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

5. Tugas Suruhanjaya Reid
i. Rangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
ii. Tentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
iii. Jamin kedudukan khas raja-raja Melayu.
iv. Wujudkan bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
6. menerima memorandum daripada pelbagai pihak termasuklah raja-raja Melayu.
7. S/jaya Reid keluarkan draf untuk dibahaskan
8. Beberapa cadangan asal dipinda
9. Perkara dipersetujui
i. Sebuah negara persekutuan dibentuk
ii. Pembahagian kuasa pusat dan negeri.
iii. Kerakyatan jus soli kepada yang lahir di TM
iv. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
v. Institusi raja Melayu dan konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan.
vi. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
vii. bahasa Cina dan Tamil - bahasa pengantar di sekolah masing-masing.
viii. Agama Islam agama rasmi Persekutuan.
ix. Agama lain boleh terus diamalkan.
10. Semua perkara dipersetujui berdasarkan semangat tolak ansur dan permuafakatan antara kaum.
11 Persetujuan membolehkan pembentukan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan.
12. Cadangan Reid diterima oleh Parlimen British.
13. Draf Perlembagaan Merdeka dibentangkan untuk diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
14. 15 Ogos 1957, upacara tandatangani Perjanjian Merdeka diadakan ant raja Melayu - British di KL

(3) Perlembagaan Merdeka
1. Fasal penting
i. Kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu.
ii. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
iii. Parlimen - Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
iv. Perdana Menteri - ketua pentadbiran negara
v. Perdana Menteri dibantu oleh kabinet.
vi. Agama Islam - agama rasmi
vii. Bahasa Melayu - bahasa kebangsaan.
viii. Kerakyatan terbuka
ix. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu diberi pertimbangan.
x. Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
2. Kepentingan perlembagaan merdeka
i. hak mutlak kpd penduduk utk terajui negara
ii. Melahirkan sebuah masyarakat bersatu padu.

(4) Pemasyhuran Kemerdekaan
a) Peristiwa pemasyhuran kemerdekaan
1. pukul 12.00 tgh malam 30 Ogos 1957, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera UNION Jack diturunkan.
2. Bendera PTM dinaikkan oleh pemuda UMNO.
3. 31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
4. Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington, serahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong
5. Tunku Abdul Rahman baca perisytiharan
6. Tunku melaungkan MERDEKA! - tujuh kali.
b) Kandungan pemasyhuran kemerdekaan
1. Dokumen Pemasyhuran dlm bah Melayu& Inggeris.
2. Penggunaan tulisan jawi – simbol warisan bangsa
2. kandungannya:
i. PM - negara merdeka dan berdaulat.
ii. Raja Melayu dan Ratu England tandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
iii. Semua penguasaan Ratu England dan Parlimen British ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal.
iv. Perlembagaan berkuat kuasa - 31 Ogos 1957.
v. PTM kandungi negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
vi. PTM - negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Wakil Parti Perikatan
  • Tunku Abdul Rahman (ketua)
  •   Tun Dr. Ismail
  • Tun H.S. Lee
  •   Tun Abdul Razak Hussein
Wakil raja-raja Melayu
- Dato’ Panglima Bukit
Gantang
- Abdul Aziz Othman
- Dato’ Mohd Seth
- Dato’ Nik Ahmed Kamil